Selasa, 25 Maret 2008

Iridologi, anugrah kesehatan

Salah satu ilmu yang sedang berkembang dan mulai digunakan oleh pengamal perubatan tradisional dan homeopati ialah iridologi. Iridologi merupakan satu kajian mengenai apa yang tergambar pada iris mata dan pengamatan terhadap sebarang perubahan yang berlaku padanya. Ia merupakan satu kaedah dalam diagnosis dan boleh dijadikan sebagai alat bagi mengawasi keadaan kesihatan seseorang.

Di dalam iridologi terdapat carta iris yang menunjukkan lokasi organ-organ pada tubuh manusia. Teorinya menyatakan iris mata itu pada hakikatnya berhubungan dengan setiap organ dan tisu tubuh menerusi sistem saraf dan otak. Fiber saraf yang kedapatan pada iris akan memberi respons terhadap sebarang perubahan yang berlaku di dalam tubuh dengan cara memanifestasikan fisiologi refleks yang sejajar dengan lokasi dan perubahan tisu tertentu.

Menerusi kaca pembesar dan sebuah lampu khas, seorang iridologis boleh melihat dan mentafsir tentang kedudukan kesihatan seseorang, juga menunjukkan di mana terdapat kekuatan dan kelemahan organ-organ dan tisu tubuh. Contohnya, bagi seorang yang mana diagnos pada irisnya menunjukkan ada tanda yang disebut sebagai ‘Sodium ring’ (calcium ring atau salt ring). Ini menunjukkan proses penimbunan atau pengerasan sedang berlaku di dalam sirkulasi apabila campuran kalsium atau kolesterol mendap pada dinding salur darah utama dan kecil. Sekiranya mendapan ini bertambah, tentulah jantung mesti bekerja lebih keras demi mempastikan sistem berfungsi. Kesannya pesakit tersebut mudah mendapat kekejangan, keletihan dan sakit-sakit pada bahagian tertentu tubuh bilamana dia bergerak. Alamat seperti di atas menunjukkan sesuatu harus di-lakukan ke atas sistem salur darah sebelum simptom yang lebih serius berlaku.

Dalam hal ini, pengamal boleh memikirkan beberapa penawar yang ada hubungan dengan organ-organ terlibat. Sekiranya hasil konsultasi dan pemeriksaan menunjukkan pesakit mengalami darah tinggi serta selalu pening apabila kena panas matahari, pengamal boleh bersedia dengan penawar Glonoine.

Penawar seperti Cholesterinum atau Allium Sativum juga mungkin dipreskripsi bagi memperbaiki salur darah yang semakin sempit. Seorang ahli homeopati yang mahir tentang ilmu perubatan, anatomi dan fisiologi serta ilmu iridologi akan dapat menyepadukan ketiga-tiga ilmunya dengan lebih baik dalam melaksanakan terapi penyaliran (drainage therapy) dan seterusnya memberi rawatan lanjutan yang lebih berkesan. Demikian juga seorang ahli iridologi yang biasa menggunakan bahan herba bagi tujuan detoksifikasi, pembersihan atau drainage boleh mengamalkan rawatan homeopati apabila ilmu tersebut dipelajari dalam tempoh masa yang singkat.

Tidak ada komentar: